Friday, April 23, 2010

Bangau oh bangau (istilah kaki pancing)



Dulu masa kecik lagu ni amat digemari oleh anak anak kecik.La ni lagu ni jadi tekanan pada kaki pancing disebabkan umpan tak dimakan ikan. Berjam-jam dok tunggu namun ikan tak menyentuh umpan. Macam macam diusahakan tapi tetap bangau. Perkara begini selalu juga berlaku pada ota- otai pancing tapi ingat bang jangan ditegur nanti pancing naik kepala , hati panas tak dapat hasil. Selalunya ini angkara tokey kolam yang tak masuk ikan (cari untung) dan adakalanya cuaca panas menjadi punca juga. Bila air terlalu panas pun ikan pun tak ada selera nak makan. Sebelum nak pegi mancing tu servey2 la dulu baru turun. Hobi2 juga jangan sampai jadi bangau . Jadi hayati lagu bangau o bangau ........................................................

Bangau ni bang kalau ikan tak timbul dia pun sedih sebab tak dapat makan , inikan pulak otai2 pancing, mau pancing dicampak dalam kolam. Jadi faham2 aje la, jangan nak manis mulut tanya lain pulak dapatnya.Tengok dulu keadaan baru masuk daun. Kaki pancing ni kalau hasil tangkapan lumayan seri muka dia lain , panas terik pun tetap senyum sampai kat telinga. Yang macam ni boleh la bawa berbincang sebab tak bangau sendiri mau ingat la........................

Kadang2 tangkapan yang kecik dia siap tanya nak ikan ke buat lauk, maklum hasil dah banyak, percuma aje.. itupun pada yang suka pada ikan air tawar. Kalau takda hasil lumayan nak beli pun dia buat tak tahu aje. Jadi kena faham2 la keadaan yang sesuai takut lain cerita pulak jadinya.

So jangan la nyanyikan lagu bangau o bangau kat kaki pancing, itu cari pasal namanya. Cari le lagu2 yang sesuai .

Bangau o bangau mengapa kau kurus, macamana ku tak kurus ikan tak timbul...........................




Wednesday, April 21, 2010

Hobi memancing dah berubah.

Citer pasal memancing ni dulu ia bagaikan satu hobi aje. La ni ia bagaikan satu sumber pendapatan pulak. Bayangkan ikan yang dipancing harganya meningkat seperti rohu, patin, keli dan macam-macam lagi. Mat bangla pun ramai yang minat dengan ikan-ikan air tawar ni, jadi tak la hairan mana nak dijual hasil tangkapan. Macam2 harga yang ditawarkan pada si pembeli dan ada juga peniaga pasar malam yang datang utk membeli ikan yang masih segar untuk dijual. Tapi mesti ingat bang, ianya bukan selalu bernasib baik , tokey kolam pun nak untung jugak.

Satu jam memancing bayaran RM5, kaki pancing akan memancing kurang-kurangnya 3 jam, itu paling cepat la. Ada sampai 8 hingga 9 jam apabila hasil tangkapan menjadi bak kata kaki pancing ikan tengah menggasak. Kalau bernasib baik ada yang dapat sampai 20 ke 30 kilo. Ikan akan dijual dengan harga borong iaitu RM5 sekilo, jadi ada la untung sikit utk jadikan modal untuk memancing akan datang .Tapi ada jugak yang jual sendiri dapat untung besar dengan harga RM7 sekilo. Tapi untungnya tak la on the sport dapat.

Buat masa ni ada pulak tokey2 kolam yang menganjurkan pertandingan dikolam2 mereka bagi menarik pelanggan. Hadiah berupa wang tunai yang agak lumayan ditawarkan.Ada pertandingan yang mencecah puluhan ribu ringgit dan macam2 hadiah yang menarik untuk kaki pancing la ni. Ikan yang terbesar dikira sebagai juara , bukan susah pun tak payah kerja berat , cucuk umpan pada mata kail dan campakkan ke kolam dan tunggu. Jika nasib baik umpan pun power maka ikan pun sentap jadi layan la jangan sampai terlepas. Tapi ingat bang yang datang memancing kat pertandingan tu semuanya otai otai aje. Bak kata seluruh Malaysia la. Setiap pertandingan dikena yuran , ada yang rm35 hingga rm 100 mengikut pada hadiah yang ditawarkan. Jadi kalau berani boleh la memcuba nasib.

Umpan Power















Salam,

Macam-macam umpan yang teman tengok org pakai di kolam air tawar. Ada pakai pandan, ada strawberry dan ada pisang hanya nak pikat ikan. Tapi umpan power yang menjadi teman rasa adalah pisang awak peram dgn mauripan, tapai, telur dan campuran perisa pisang. Peram sehingga tiga hari bagi masam dan campur roti potong jenama roti sedap atau apa apa jenama pun boleh letak kat mata kail.

Ikan patin dan rohu amat minat akan resipi ni. Dalam pertandingan besar, teman rasa tak pernah bangau mesti ada ranking. Tapi ingat jangan peram didlm keta, bau dia penuh satu keta masam giler bang .

Cuba la mungkin umpan ni boleh menjadi kot. Kalau guna umpan ni untuk malam sesuai utk patin. Kalau rohu guna utk siang tapi kalau dah power siang malam pun menjadi, Buat masa ni teman tengah dok kaji umpan yang lebih power.

Kalau abang2 kat luar sana ada umpan yg power2 nak share dgn teman, silalah tinggal jejak di sini yer...

Monday, April 19, 2010

Jom memancing wehhh...





















Salam semua,

Inilah kelahiran blog sempoi aku...
Nak kongsi apa2 yg boleh dikongsi bersama.
Minat ku di dunia joran ini, ingin ku kongsi
bersama.
Ku harap ada yg sudi menjengah dan dapat
memberi pandangan, teguran dan sebagainya
bagi memperbaiki blog milikku ini.
Sekian...