Citer pasal memancing ni dulu ia bagaikan satu hobi aje. La ni ia bagaikan satu sumber pendapatan pulak. Bayangkan ikan yang dipancing harganya meningkat seperti rohu, patin, keli dan macam-macam lagi. Mat bangla pun ramai yang minat dengan ikan-ikan air tawar ni, jadi tak la hairan mana nak dijual hasil tangkapan. Macam2 harga yang ditawarkan pada si pembeli dan ada juga peniaga pasar malam yang datang utk membeli ikan yang masih segar untuk dijual. Tapi mesti ingat bang, ianya bukan selalu bernasib baik , tokey kolam pun nak untung jugak.
Satu jam memancing bayaran RM5, kaki pancing akan memancing kurang-kurangnya 3 jam, itu paling cepat la. Ada sampai 8 hingga 9 jam apabila hasil tangkapan menjadi bak kata kaki pancing ikan tengah menggasak. Kalau bernasib baik ada yang dapat sampai 20 ke 30 kilo. Ikan akan dijual dengan harga borong iaitu RM5 sekilo, jadi ada la untung sikit utk jadikan modal untuk memancing akan datang .Tapi ada jugak yang jual sendiri dapat untung besar dengan harga RM7 sekilo. Tapi untungnya tak la on the sport dapat.
Buat masa ni ada pulak tokey2 kolam yang menganjurkan pertandingan dikolam2 mereka bagi menarik pelanggan. Hadiah berupa wang tunai yang agak lumayan ditawarkan.Ada pertandingan yang mencecah puluhan ribu ringgit dan macam2 hadiah yang menarik untuk kaki pancing la ni. Ikan yang terbesar dikira sebagai juara , bukan susah pun tak payah kerja berat , cucuk umpan pada mata kail dan campakkan ke kolam dan tunggu. Jika nasib baik umpan pun power maka ikan pun sentap jadi layan la jangan sampai terlepas. Tapi ingat bang yang datang memancing kat pertandingan tu semuanya otai otai aje. Bak kata seluruh Malaysia la. Setiap pertandingan dikena yuran , ada yang rm35 hingga rm 100 mengikut pada hadiah yang ditawarkan. Jadi kalau berani boleh la memcuba nasib.
Wednesday, April 21, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment